Penerbitan Ponirah Terpidana

Ponirah Terpidana ditulis dan diarahkan oleh Slamet Rahardjo untuk Sukma Putra Film. Ia diterbitkan oleh Manu Sukmajaya dan A. Gunawan, dengan Tantra Surjadi memegang kamera dan suntingan filem oleh George Kamarullah.[1] Eros Djarot, adik Slamet mengendalikan gubahan muzik,[2] sementara Suparman Sidik mengendalikan bunyi. Benny Benhardi mengendalikan penataan artistik.[1]

Filem ini dibintangi oleh Nani Vidia dan Bambang Hermanto, dengan peranan lain diisi oleh Christine Hakim, Bambang Hermanto, Slamet Rahardjo, Ray Sahetapy, Teguh Karya, Nano Riantiarno dan Ratna Riantiarno.[1] Kebanyakan pelakon telah bekerja dengan Teater Populer milik Teguh, bersama Hakim, Karya, Nano Riantiarno, dan Rahardjo yang sebelum ini telah bekerjasama dalam filem seperti Cinta Pertama (1973).[3] Hermanto telah berada di pawagam selama 30 tahun, meraih kemasyhuran selepas membintangi filem arahan D. Djajakusuma Harimau Tjampa pada 1953.[4] Sementara itu, Vidia sebagai pendatang baru dalam bidang lakonan, membuat penampilan filem cetera pertama menerusi Ponirah Terpidana.[5]

Rujukan

WikiPedia: Ponirah Terpidana http://www.allmovie.com/movie/ponirah-terpidana-v1... http://www.imdb.com/title/tt1136918/ http://www.thejakartapost.com/news/2000/12/24/slam... http://www.thejakartapost.com/news/2009/01/25/eros... http://www.thejakartapost.com/news/2009/05/03/a-ve... http://filmindonesia.or.id/movie/name/nmp4b9bad981... http://filmindonesia.or.id/movie/name/nmp4c4023853... http://filmindonesia.or.id/movie/title/lf-b016-83-... http://filmindonesia.or.id/movie/title/lf-c012-73-... http://filmindonesia.or.id/movie/title/lf-p016-83-...